LUAR NEGARA

Trump sifatkan tindakan Musk tubuh parti politik baharu sebagai ‘mengarut’

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan keputusan bekas sekutunya, Elon Musk untuk menubuhkan parti politik baharu sebagai tindakan yang “mengarut”.

Menurut Trump, tindakan itu hanya akan menambah kekeliruan pada sistem politik AS.

“Saya fikir adalah mengarut untuk memulakan parti ketiga. Kami mencapai kejayaan besar bersama Parti Republikan.

“Demokrat pula sudah tersasar haluan, tetapi sistem politik kita sentiasa berasaskan dua parti dan saya fikir penubuhan parti ketiga hanya menambahkan kekeliruan,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih, semalam.

Terdahulu, Musk mengumumkan penubuhan partinya sendiri yang dinamakan “America Party”, kelmarin.

Pengumuman parti politik baharu itu dibuat susulan penentangan Musk terhadap rang undang-undang Trump, yang menyaksikan pemotongan besar dalam perbelanjaan persekutuan namun pada masa sama menawarkan potongan cukai yang besar.

Sebagai tindakan kepada kritikan ahli perniagaan itu terhadap rang undang-undang terbabit, Trump berkata tanpa subsidi, Musk mungkin terpaksa “menutup kedainya dan pulang ke Afrika Selatan.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button