BERITA SEMASA

Insentif EV fokus pembangunan industri tempatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan berbanding hanya menggalakkan kemasukan kenderaan import ke negara ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keutamaan diberikan kepada pembangunan komponen dan peralatan tempatan bagi memperkukuh ekosistem industri automotif negara.

Menurutnya, insentif bagi kenderaan import siap sepenuhnya (CBU) tidak lagi diteruskan, manakala insentif bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dikekalkan sehingga akhir tahun depan.

“Pelaburan baharu yang menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), meningkatkan kerumitan ekonomi serta membangunkan kawasan kurang maju berpotensi menikmati insentif lebih besar atau tempoh lebih panjang,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune selepas sidang Parlimen dan pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Beliau turut menyambut baik usaha pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua dalam membangunkan kenderaan elektrik bagi memperkukuh industri automotif negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button