JENAYAH & MAHKAMAH

Penceramah motivasi direman semula dua hari susulan laporan baharu

KANGAR – Seorang penceramah motivasi yang sebelum ini direman berhubung dakwaan gangguan seksual ditahan semula dan direman dua hari bagi membantu siasatan satu laporan baharu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu sehingga esok dibenarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kompleks Mahkamah Kangar, di sini hari ini.

Menurut maklumat polis, suspek ditahan semula susulan laporan dibuat seorang wanita berusia 19 tahun kelmarin.

Suspek sebelum itu menjalani tahanan reman bagi membantu siasatan satu kes yang disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

BACA JUGA:
Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasi, bakal direman semula esok
Penceramah motivasi berkait dakwaan gangguan seksual dilepas dengan jaminan polis
Penceramah bebas didakwa gangguan seksual direman dua hari

Bagaimanapun, suspek kemudiannya ditahan semula Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kangar bagi membantu siasatan kes terbaharu itu.

Suspek yang memakai baju-T hitam tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.26 pagi sebelum dibawa keluar dari bangunan berkenaan dengan menaiki van polis pada pukul 10.11 pagi.

Kes terbaharu itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button