“Kenapa buat macam ini kat gajah kami?” – Cik Moji
KUALA LUMPUR – “Kenapa buat macam ini kat gajah kami?” demikian luahan pengguna TikTok, Cik Moji, sambil menangis ketika merakam keadaan dua gajah Malaysia, Dara dan Amoi yang dilihat berhimpit mencari tempat teduh di sebalik tembok konkrit di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.
Video yang disiarkan menerusi TikTok itu menunjukkan keadaan tempat tinggal gajah itu yang hampir keseluruhannya terdedah kepada cahaya matahari.
Keadaan itu mencetuskan semula kebimbangan mengenai kemudahan yang disediakan untuk Dara, Amoi dan seekor lagi gajah, Kelat, yang dipindahkan dari Malaysia ke Zoo Tennoji pada Mac lalu.

Isu itu timbul ketika Kelat turut menjadi perhatian selepas Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengesahkan gajah jantan berkenaan mengalami penurunan berat badan kira-kira 100 kilogram.
MPT sebelum ini menjelaskan keadaan itu dikaitkan dengan ‘musth’, iaitu fasa perubahan hormon semula jadi dalam gajah jantan dewasa yang dialami Kelat sejak 18 Ogos lalu.
Sementara itu, Malaysia Animal Welfare Society turut mempertikai keadaan tempat tinggal gajah berkenaan yang didakwa tidak sesuai dengan keperluan mamalia berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








