Lebih 9,000 belia lengkap kursus inisiatif rakyat digital
KUALA LUMPUR – Seramai 9,182 belia yang layak telah melengkapkan kursus wajib Inisiatif Rakyat Digital setakat 17 Sept lepas, dengan 7,372 daripada mereka telah menebus akses alat kecerdasan buatan (AI) secara percuma.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, perkembangan itu menunjukkan semakin ramai belia mengambil inisiatif mempersiapkan diri menghadapi masa depan yang semakin dipacu oleh teknologi digital dan AI.
“Inisiatif Rakyat Digital terus menerima sambutan, dan saya gembira melihat semakin ramai belia Malaysia telah mengambil langkah pertama dalam membina kemahiran digital yang lebih kukuh.
“Buat masa ini, Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Perak mencatatkan penyertaan tertinggi,” katanya menerusi hantaran Facebook, semalam.
Beliau turut menyatakan harapan supaya lebih ramai anak muda mengambil bahagian kerana peluang berkenaan terbuka kepada belia di seluruh negara, sekali gus akses kepada kemahiran, teknologi dan peluang digital dapat dinikmati dengan lebih meluas.
“Masa depan digital sudah pun bermula. Semakin ramai rakyat Malaysia yang kita perkasa hari ini, semakin kukuh dan inklusif masa depan yang dapat kita bina bersama,” katanya lagi. – BERNAMA
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














