BERITA SEMASA

Mayat pemancing di perairan Perak disahkan Muhammad Ridzuan

KLANG – Mayat seorang pemancing yang ditemukan terapung di perairan Perak, petang semalam disahkan sebagai Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asistan Komisioner Ramsay Embol berkata, mayat mangsa ditemukan selepas dimaklumkan oleh sebuah bot nelayan pada pukul 4.26 petang.

Menurut beliau, Kapal Maritim (KM) Nusa Perak tiba di lokasi berkenaan pada pukul 5.05 petang sebelum mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

“Pengecaman mayat dilakukan oleh salah seorang waris berdasarkan gambar serta kasut yang dipakai mangsa.

“Mayat kemudiannya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat serta tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dengan penemuan terbaharu menjadikan enam daripada tujuh mangsa telah ditemui kesemuanya.

Ini melibatkan empat dalam keadaan selamat dan dua meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa, Raja Mohd Rozi Raja Mahamud, 49, masih belum ditemui,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat disambung semula pukul 7 pagi ini dengan penglibatan polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi berkaitan bagi meneruskan usaha mengesan mangsa terakhir.

Media semalam melaporkan satu lagi mayat dipercayai pemancing yang hilang ditemukan pada jarak 3.7 kilometer dari lokasi mayat Mohd Shahril Abd Rahman ditemukan kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button