LUAR NEGARA

Arab Saudi keluarkan amaran kecemasan di Jeddah, Mekah dan Taif

RIYADH – Arab Saudi mengeluarkan amaran kecemasan berhubung potensi bahaya di Jeddah, Mekah dan Taif, di bahagian barat negara itu, hari ini.

Amaran berkenaan disampaikan menerusi Platform Amaran Awal Kebangsaan bagi Kecemasan, menurut Pertahanan Awam Arab Saudi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menjelaskan secara terperinci jenis ancaman atau bahaya yang dimaksudkan.

Penduduk diminta kekal tenang dan segera menuju ke lokasi selamat, terutama di dalam bangunan atau bilik dalaman yang jauh daripada tingkap, serta kekal di situ sehingga keadaan kembali selamat.

Pertahanan Awam turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan terbuka, tingkap, balkoni dan bumbung bangunan.

Mereka yang berada di luar pula diminta memasuki bangunan terdekat atau berlindung di sebalik penghadang kukuh.

Pemandu yang menerima amaran dinasihatkan memberhentikan kenderaan di lokasi yang jauh daripada jambatan dan bangunan tinggi.

Orang ramai turut diminta mengelakkan perhimpunan serta kawasan berbahaya dan sentiasa mengikuti arahan menerusi saluran rasmi pihak berkuasa.

Amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan antara Arab Saudi dan kumpulan Houthi di Yemen semakin meningkat.

Houthi dilaporkan melancarkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron ke arah bandar serta infrastruktur di Arab Saudi sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sebagai tindak balas, tentera Arab Saudi melancarkan serangan terhadap kedudukan Houthi di Yemen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button