BERITA SEMASA

Jerebu semakin parah, PICC hilang dari pandangan di Putrajaya

PUTRAJAYA – Keadaan jerebu di pusat pentadbiran negara semakin membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Putrajaya mencecah 165, iaitu pada tahap tidak sihat, setakat jam 7 pagi ini.

Tinjauan Malaysia Tribune dari kawasan Istana Kehakiman mendapati keadaan jarak penglihatan terjejas teruk apabila bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) langsung tidak kelihatan akibat diselubungi jerebu.

Malah, bangunan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang berada tidak jauh dari Istana Kehakiman hanya kelihatan samar-samar dalam keadaan udara yang dipenuhi jerebu.

Berdasarkan paparan kualiti udara berkenaan, bacaan PM2.5 turut berada pada paras 164, menunjukkan zarah halus menjadi pencemar utama yang menyumbang kepada keadaan kualiti udara tidak sihat di Putrajaya.

pmo
Pejabat Perdana Menteri samar samar kelihatan dari Istana Kehakiman

Keadaan itu turut memberi gambaran jelas mengenai kemerosotan jarak penglihatan di sekitar pusat pentadbiran negara pagi ini, terutama dari kawasan Presint 1.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button