BERITA SEMASA

Polis periksa objek mencurigakan dipercayai bom di Sri Petaling

KUALA LUMPUR – Orang ramai di kawasan premis perniagaan Bandar Sri Petaling, di sini gempar susulan penemuan objek mencurigakan dipercayai bahan letupan petang tadi.

Perkara itu dikongsi pengguna media sosial, @dellaabdullah di platform Threads.

“Sri Petaling depan Watson ada bom. Tak boleh nak balik dah, kereta kena seal (tutup jalan polis). Bank pun kena tutup,” tulisnya.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat beberapa buah kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di kawasan berkenaan.

bom
Seorang anggota memakai sut khas dirakam memeriksa kawasan berkenaan.

Selain itu, terdapat juga video seorang anggota memakai sut khas berwarna hitam yang memeriksa kotak plastik berhadapan sebuah premis farmasi dan kosmetik.

“Masih belum selesai. Tadi ada bunyi meletup, mungkin mereka tengah letupkan. Updated: 20pcs radioactive bomb detected,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Hantaran itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang melahirkan kebimbangan dan berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media berhubung kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button