BERITA SEMASA

Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – DKU

KUALA PILAH – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti daripada memegang jawatan berkenaan.

Ketetapan itu dibuat dalam persidangan khas DKU semalam bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan institusi Yang di-Pertuan Besar dan Undang Negeri Sembilan.

Setiausaha DKU berkata, Dewan turut menegaskan semula ketetapannya pada 31 Julai lalu bahawa proklamasi bertarikh 19 April lalu adalah tidak sah di sisi Perlembagaan.

Menurutnya, tiga daripada empat individu yang menandatangani proklamasi itu didakwa tidak memegang jawatan Undang mengikut adat luak masing-masing ketika dokumen berkenaan ditandatangani.

ā€œDewan menegaskan bahawa tiada proses yang sah pernah menyebabkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir terhenti memegang jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

ā€œBaginda kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertua Dewan. Dewan tidak mengiktiraf apa-apa kekosongan dan tidak mengiktiraf mana-mana orang lain sebagai memegang jawatan tersebut,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Perkara X(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 menetapkan seseorang Undang hanya boleh menyeru Yang di-Pertuan Besar berundur atau melepaskan jawatan selepas siasatan penuh dan lengkap dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, tiada siasatan sedemikian pernah dilaksanakan atau dibawa ke hadapan DKU.

ā€œTuanku Muhriz juga tidak pernah diberikan notis atau peluang untuk didengar,ā€ katanya.

Sehubungan itu, DKU berpandangan proklamasi bertarikh 19 April lalu adalah cacat sejak awal dan tidak mempunyai asas yang sah untuk menamatkan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button