SPRM reman pemilik syarikat perundingan
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mereman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000.
Difahamkan, rasuah berkenaan adalah sebagai balasan mendapatkan geran dan pinjaman di bawah skim pembiayaan kewangan usahawan Bumiputera untuk dua buah syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.
Perintah reman selama tujuh hari bermula 4 September sehingga 10 September 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Aliaa Anwar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi semalam.
Terdahulu, suspek wanita berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 6.45 petang, 3 September lalu di sekitar Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dan disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







