Penolong Bendahari PPM Selangor maut kemalangan ketika pulang dari Jambori Malaysia
BATU KAWAN – Penolong Bendahari Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) Negeri Selangor, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 (MYJAM15), awal pagi tadi.
Mangsa, Lailinizan Zamri, merupakan antara penerima Sijil Khidmat Terpuji Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia pada Perhimpunan Pengakap Raja Malaysia dan ATAS yang berlangsung sempena MYJAM15 di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Menurut maklumat awal, berita mengenai kemalangan diterima pada pukul 3.52 pagi ini.
Menurut kenyataan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dalam kenyataannya, proses bedah siasat dijangka dijalankan pada pukul 10 pagi di Hospital Parit Buntar (Baharu).
PPM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kata PPM.
Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang dan dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








