BERITA SEMASA

Sembilan pelajar SM Sains Sabah cedera, bas terbabit kemalangan

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah mengalami kecederaan ringan selepas bas yang membawa 35 pelajar dan seorang guru terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, bas berkenaan dilaporkan terlibat dalam kemalangan di persimpangan Simpang Tiga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan dua anggota bersama sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Menurutnya, lokasi kejadian terletak kira-kira 39 kilometer dari balai bomba berkenaan.

“Semua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan dari Tuaran dan Kota Belud, selain ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan turut dijalankan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada pukul 12.32 tengah hari.

Punca kemalangan bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button