Perlis bakal miliki litar pemotoran di Chuping
PADANG BESAR – Litar permotoran yang dicadangkan dibangunkan di kawasan Perindustrian Lembah Industri Chuping (CVIA), bernilai RM20 juta bakal menjadi tarikan baharu pelancong khususnya buat peminat sukan permotoran ke negeri Perlis.
Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pembangunan litar sepanjang 1.3 kilometer itu akan memberi impak positif buat negeri ini bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi malah turut mengukuhkan lagi sektor pelancongan.
Kata beliau, pembinaan litar akan memberikan impak ekonomi khususnya dalam aspek pelancongan yang berpotensi menarik ramai pengunjur luar ke negeri Perlis.
“(Projek pembangunan litar permotoran)… ini satu impak ekonomi selain daripada pembangunan kita juga nak tengok ini juga selain daripada impak ekonomi dari segi perlancongan juga sebab ia melibatkan perserta-perserta daripada luar negara bakal tarik seberapa ramai peminat-peminat bidang sukan permotoran,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Terdahulu, Abu Bakar mengadakan lawatan bagi meninjau tapak pembinaan litar tersebut pada petang semalam.
Abu Bakar berkata, pembinaan litar itu bakal merancakkan lagi sektor pelancongan terutama di kawasan sempadan dengan kemasukan pengunjung dari Thailand ke negeri ini.
Kata beliau lagi, selain pembinaan litar berkenaan, kerajaan negeri juga mensasarkan untuk mencari pelabur bagi membangunkan hotel bertaraf lima bintang di negeri itu.
Tambahnya, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan mengadakan libat urus dengan kerajaan Brunei atau Thailand bagi mewujudkan konsep bandar berkembar dan pelancongan sempadan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








