JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Pahang sahkan rompakan di pusat beli belah Genting Highlands

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, kejadian dipercayai berlaku tengah hari tadi.

Tambahnya, siasatan awal dan analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Susulan kejadian, polis segera mengadakan sekatan jalan raya di semua laluan masuk dan keluar Genting Highlands.

“Berdasarkan siasatan awal dan analisis rakaman CCTV, kami percaya tiga lelaki terbabit,” katanya kepada NST Online, petang tadi.

Azry berkata, suspek masih belum ditahan dan polis sedang mengesan mereka.

“Suspek masih belum ditahan. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial video didakwa menunjukkan beberapa individu dipercayai suspek melarikan diri melalui pusat beli-belah berkenaan.

Beberapa video lain yang turut tersebar di media sosial memaparkan kesesakan lalu lintas teruk di Genting Highlands susulan pelaksanaan sekatan jalan raya oleh polis.

Polis setakat ini belum mendedahkan nilai barang kemas yang dilarikan atau butiran lanjut mengenai bagaimana kejadian rompakan itu berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button