Lelaki maut motosikal rempuh belakang lori
TUMPAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di bahu jalan akibat kehabisan minyak di jejambat Wakaf Bharu, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa berusia 35 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Kota Bharu menuju Pengkalan Kubor.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa melalui selekoh di Jalan Flyover Wakaf Bharu.
Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum merempuh bahagian belakang kanan lori yang ditinggalkan di bahu kiri jalan selepas kehabisan minyak.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan sebagai ‘Multiple Fatal Injury Due to Motor Vehicle Accident’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke Pejabat Trafik IPD Tumpat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








