4 anggota TNI antara 13 terbunuh insiden letupan ketika pemusnahan peluru
JAKARTA – Empat anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) antara disahkan terbunuh dalam insiden letupan ketika operasi pemusnahan peluru tamat tempoh dijalankan di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, hari ini.
Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam insiden yang berlaku di kawasan terpencil di daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh TNI.
Menurut media tempatan, insiden itu berlaku pada pukul 9.30 pagi tadi.
Menurut Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Darat, Brig. Jen. Kristomei Sianturi, semua mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian di Kampung Sagara, Cibalong dan dihantar ke Hospital Pameungpeuk untuk proses bedah siasat.
Tambahnya, pihak TNI sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








