Berita Semasa
Bangunan resort dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya empat dipercayai terperangkap
BESUT – Sebuah bangunan resort yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini dilaporkan runtuh, pagi tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.45 pagi itu, dipercayai beberapa pekerja warga asing turut tertimbus dalam runtuhan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, daripada maklumat awal, empat mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
“Empat mangsa lagi dipercayai masih tertimbus bawah runtuhan.
“Empat anggota bomba dihantar awal ke lokasi sementara tambahan anggota akan dihantar secara berperingkat menaiki bot,” katanya lagi.
BERITA LANJUT MENYUSUL