BERITA SEMASA

Kanak-kanak ceria dalam kereta uzur sentuh hati netizen, ramai tampil mahu membantu

KUALA LUMPUR – Rakaman memaparkan seorang kanak-kanak tersenyum sambil melambai dari dalam sebuah kereta uzur dengan cermin belakang yang pecah mengundang rasa sebak dan simpati dalam kalangan netizen.

Meskipun berada dalam keadaan serba kekurangan, kanak-kanak yang duduk di bahagian tempat duduk belakang itu tetap mempamerkan wajah ceria sehingga menyentuh hati ramai.

Video berkenaan dikongsikan oleh pengguna media sosial, @Haeges di platform Threads.

“Lebih daripada mencukupi,” tulisnya sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan perkongsian daripada netizen.

Malah, beberapa individu turut menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga kanak-kanak itu.

“Saya ada kereta Perdana tak digunakan, kalau nak bagi macam mana,” komen pengguna, @BerryFarhana.

“Ada yang tahu macam mana nak hubungi abang ni,” tulis @Foodlahh pula.

Selain itu, ramai turut menjadikan rakaman tersebut sebagai peringatan supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dimiliki.

“Sedar tak sedar, budak tu lebih bahagia daripada budak lain,” ujar @Al-Helmi.

“Aku ingatkan aku yang tak cukup, rupanya aku yang kurang bersyukur,” kata @Nunnn.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button