Pempengaruh ‘CEO Batu’ didakwa hantar mesej lucah kepada remaja bawah umur
KUALA LUMPUR — Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan gelaran “CEO Batu” didakwa terlibat dalam penghantaran mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Pendedahan itu dibuat penyanyi rap, Caprice yang mendakwa beliau menerima mesej daripada ibu kepada remaja terbabit yang memohon bantuannya selepas anaknya dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual secara dalam talian oleh individu tersebut.
Beberapa tangkap layar yang dikongsi Caprice di Instagram miliknya yang memaparkan mesej berunsur tidak senonoh beserta gambar yang dihantar oleh pempengaruh itu kepada remaja berkenaan.
Gambar itu dikatakan dihantar atas alasan menunjukkan parut pembedahan, namun menampakkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya.
Pempengaruh terbabit turut didakwa menghubungi ibu remaja itu untuk memohon maaf dan menyatakan keinginan untuk bertemu bagi menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi.
Beliau juga dilaporkan mengakui kesilapan menghantar gambar yang belum disunting sepenuhnya.
Sementara itu, tinjauan di laman media sosial CEO Batu mendapati ruangan komen di beberapa hantaran terdahulu dihujani kecaman dan sindiran daripada netizen yang menyuarakan kemarahan terhadap tindakan tersebut.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








