Jumlah keluar mengundi PRN Negeri Sembilan meningkat kepada 65.38 peratus setakat jam 4 petang
SEREMBAN – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terus meningkat kepada 65.38 peratus setakat jam 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR memaklumkan seramai 562,133 daripada 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing di seluruh negeri.
DUN Kota kekal mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 72.1 peratus, diikuti Seri Menanti dan Labu yang masing-masing merekodkan 70.9 peratus.
Sementara itu, tiga kawasan dengan peratusan keluar mengundi terendah ialah Bahau, Lukut dan Lobak yang masing-masing mencatat 59 peratus.
Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan ke-15 pada tahun 2023, peratusan keluar mengundi setakat jam 4 petang ialah 61.89 peratus melibatkan 518,737 daripada 838,200 pengundi berdaftar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















