BERITA SEMASA
PRN Negeri Sembilan: DUN Kota, Seri Menanti dan Chennah catat peratusan keluar mengundi tertinggi setakat jam 3 petang
SEREMBAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Seri Menanti dan Chennah mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat jam 3 petang hari ini dengan masing-masing mencatat sebanyak 65.5 peratus, 64.6 peratus dan 64.5 peratus.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), secara keseluruhan jumlah pengundi yang keluar setakat jam 3 petang ialah seramai 59.03 peratus atau 507,536 pengundi.
Angka itu melebihi peratusan PRN 2023 pada tempoh sama iaitu 56.05 peratus atau 469,789 pengundi.
Sementara itu, DUN Lobak mencatat jumlah keluar mengundi terendah iaitu 51.3 peratus diikuti Mambau (52.8 peratus) dan Lukut (52.9 peratus).
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















