BERITA SEMASAPMX

Ringgit kini antara mata wang paling kukuh di Asia, bukti ekonomi negara semakin teguh

SEREMBAN – Pengukuhan nilai ringgit sehingga menjadi antara mata wang paling kukuh di Asia membuktikan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang tepat hasil kerjasama seluruh jentera kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi tersebut dicapai ketika banyak negara membangun masih bergelut dengan pelbagai cabaran ekonomi global.

“Kalau kita urus negara dengan baik, masa depan kita akan cemerlang. Bayangkan negara-negara membangun di dunia semuanya menghadapi pelbagai masalah, tetapi Malaysia masih mampu mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

“Bagi suku terbaharu, kita merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini hari ini.

Menurut beliau, kekuatan ringgit turut memberi manfaat kepada rakyat yang melancong ke luar negara apabila nilai mata wang tempatan semakin kompetitif berbanding beberapa mata wang utama di rantau Asia.

“Ringgit kita kini antara yang paling kukuh di Asia. Ingat senang (nak capai).

“Orang yang pergi ke Indonesia, Thailand, Singapura tahu. Dan sekarang orang pergi ke Jepun kerana kekuatan ringgit Malaysia itu lebih kuat daripada yen, daripada segi kadar pertumbuhannya, lebih kuat daripada mata wang Asia,” katanya.

Anwar berkata, kejayaan itu bukan hasil usaha individu tertentu, sebaliknya dicapai menerusi komitmen seluruh pasukan.

“Ini kerana kerja kuat seluruh pasukan, penjawat awam, pekerja dan sektor swasta, semua bekerja sebagai satu pasukan untuk angkat martabat negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button