BERITA SEMASA

PM arah isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi Universiti Alexandria diselesaikan segera

PUTRAJAYA – Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian berhubung pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) melibatkan pelajar bidang farmasi di Universiti Alexandria, Mesir.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, isu itu perlu diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan pelajar yang terlibat.

“Ketika ini, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkaitan.

“Bagaimanapun, pengiktirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi memerlukan pertimbangan dan persetujuan Lembaga Farmasi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pmo

Justeru katanya, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu itu secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi.

Sebelum ini, isu pengiktirafan program pengajian luar negara yang pada awalnya ditawarkan melalui KPT menjerat sekurang-kurangnya empat pelajar Malaysia di Mesir apabila berdepan kebuntuan menjalani peperiksaan wajib, latihan praktikal serta meneruskan kerjaya sebagai ahli farmasi di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button