Gabenor bank pusat Indonesia letak jawatan
JAKARTA – Gabenor bank pusat Indonesia dilaporkan meletak jawatan lebih awal ketika negara itu bergelut dengan kemerosotan nilai mata wang rupiah dan masalah ekonomi lain disebabkan perang di Asia Barat.
Laporan AFP yang memetik kenyataan Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata, Presiden Prabowo Subianto menerima peletakan jawatan Perry Warjiyo yang berkhidmat sebagai Gabenor Bank Indonesia sejak 2018.
Penggal kedua beliau sepatutnya berakhir pada 2028.
Perry dalam surat yang diserahkan pada 25 Julai lalu dipercayai memberi alasan peribadi bagi peletakan jawatannya.
“Presiden mengucapkan terima kasih kepada Perry dan penghargaan tertinggi atas dedikasinya selama tujuh tahun menerajui Bank Indonesia,” kata Prasetyo.
Beliau menambah, timbalan gabenor kanan bank, Destry Damayanti dilantik sebagai gabenor interim.
Mata wang Indonesia terjejas teruk akibat lonjakan kos tenaga disebabkan perang Asia Barat.
Ia merupakan mata wang Asia dengan prestasi paling buruk, demikian menurut saluran kewangan Bloomberg News, susut kira-kira tujuh peratus sejak perang bermula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








