POLITIK

Akmal sudah serah surat letak jawatan – Ab Rauf

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Beliau berkata, Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO, menyerahkan surat tersebut, Selasa lalu.

“Ya, saya sudah terima (surat peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal), tunggu masa Tun (Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam) untuk berbincang,” katanya, hari ini.

Difahamkan, Akmal menyerahkan surat berkenaan sejurus selepas mesyuarat mingguan EXCO di Port Dickson, malam Selasa lalu.

Minggu lalu, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka yang akan berkuat kuasa minggu ini.

Mohd Ali kini dalam tempoh bercuti dan dijangka kembali bertugas minggu depan.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal ketika dihubungi turut mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

“Done (sudah) serah surat. Tunggu keputusan Tun saja,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button