POLITIK

Cadangan gabungan BN-PN belum dibincang secara rasmi – Zahid

BALIK PULAU – Cadangan mewujudkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 masih belum pernah dibincangkan secara rasmi oleh kedua-dua gabungan itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini cadangan berkenaan hanya dibangkitkan menerusi ucapan Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Abdullah sepanjang tempoh berkempen tanpa sebarang perincian atau rundingan rasmi.

“Perkara itu hanya disebut dalam ucapan (Datuk Seri Hamzah). Ucapan itu dalam kempen. Tidak ada sebarang perbincangan.

“Sebaiknya adakan perbincangan dan diformalkan sekiranya cadangan itu serius. Namun, jika sekadar dibangkitkan ketika kempen, saya fikir perkara itu perlu diperincikan terlebih dahulu,” katanya memetik laporan RTM.

Terdahulu, Hamzah mencadangkan kerjasama antara BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan menerusi pembentukan gabungan yang dikenali sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN).

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke-61 Bilangan 1/2026 di Teluk Bahang, di sini, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button