JENAYAH & MAHKAMAH

Tamim Dahri ditahan semula, dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Langkawi esok

LANGKAWI – Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak ditahan semula hari ini selepas tempoh reman dua hari ke atasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, tamat hari ini

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, Tamim ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, aktivis berkenaan ditahan 18 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Susulan itu, dia direman selama dua hari di IPD Port Dickson bermula semalam hingga hari ini.

“Sejurus tempoh reman itu tamat (hari ini), suspek ditahan semula oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi berhubung laporan polis Kuah bernombor 2875/26 yang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Waran tangkap telah disempurnakan terhadap suspek dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi esok bagi tujuan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, Tamim Dahri pernah didakwa secara in absentia di Mahkamah Majistret Langkawi pada 17 Mac lalu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan selepas gagal hadir ke mahkamah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button