JENAYAH & MAHKAMAH

Pakar pelaburan bergelar Tan Sri antara dua bakal dituduh di mahkamah esok

KUALA LUMPUR – Seorang pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang akan didakwa di mahkamah esok.

Tan Sri terbabit bersama seorang lagi individu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pukul 8.30 pagi.

Laporan media sebelum ini menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang Tan Sri yang disyaki menipu pelabur dalam skim dipercayai membabitkan lebih RM300 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan sebagai berkata, suspek yang berusia lingkungan 60-an ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM, manakala ahli lembaga pengarah syarikat itu turut ditahan.

“Kami menerima maklumat bahawa Tan Sri berusia 60-an dan seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pelaburan terbabit dalam penipuan pelabur berskala besar.

“Ramai pelabur mengalami kerugian ratusan juta ringgit dan kami menganggarkan kerugian melebihi RM300 juta sepanjang dua tahun lalu.

“Pelaburan yang diatur oleh dua suspek itu melibatkan pelbagai skim yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button