JENAYAH & MAHKAMAH

Selebriti didakwa miliki dadah dituduh di mahkamah esok

SEPANG – Selebriti lelaki yang ditahan di Cyberjaya kerana memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Majistret, di sini esok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, petang tadi.

“Esok pagi pelawak itu akan dituduh di mahkamah . Baru dapat arahan daripda Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, selebriti lelaki berusia 41 tahun itu mendapat perintah lanjut reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button