JENAYAH & MAHKAMAH

Aktivis buat ugutan di Facebook direman dua hari

SEREMBAN – Seorang aktivis yang didakwa melarikan diri ke Thailand sebelum ini, direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan menerusi Facebook.

Suspek sebelum ini telah melarikan diri selama lebih empat bulan dan kemudian kembali ke Malaysia melalui laluan haram di sepanjang sempadan Kelantan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, lapor KOSMO!.

Lelaki terbabit menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam.

Siasatan bermula selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berketurunan India pada 10 Mac lalu kira-kira pukul 6.25 petang yang mendakwa diugut menerusi Facebook oleh lelaki terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button