Torres ledak gol kemenangan, bawa Sepanyol julang Piala Dunia kedua
EAST RUTHERFORD – Ferran Torres muncul wira Sepanyol apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk menewaskan Argentina 1-0 sekali gus menghadiahkan gelaran Piala Dunia kedua buat La Roja.
Aksi final di Stadium MetLife menyaksikan juara Eropah itu menguasai hampir keseluruhan permainan tanpa serangan ampuh dari Argentina yang ternyata banyak bertahan sepanjang perlawanan.
Sepanyol berkali-kali mengancam gawang Argentina, namun penjaga gol Emiliano Martinez cemerlang menafikan beberapa peluang terbaik lawan menerusi siri aksi menyelamat yang mengagumkan.
Perlawanan berubah pada masa kecederaan babak kedua apabila Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Enzo Fernandez, dilayangkan kad kuning kedua susulan terjahan keras terhadap Pau Cubarsi.
Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sepanyol dalam masa tambahan apabila terus mengasak kubu lawan yang berkampung di kawasan sendiri.
Gol yang dinanti akhirnya hadir pada awal separuh masa kedua masa tambahan apabila Torres, yang masuk sebagai pemain gantian, menyempurnakan hantaran menarik Nico Williams untuk menewaskan Martinez.
Kejayaan itu melengkapkan perjuangan cemerlang skuad kendalian Luis de la Fuente yang hanya melepaskan satu gol dalam tujuh perlawanan sepanjang kejohanan, sekali gus mengesahkan status mereka sebagai kuasa baharu bola sepak dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















