SUKANBERITA SEMASA

Copa America 2024: Argentina selangkah mempertahankan kejuaraan

NEW JERSEY – Juara bertahan, Argentina selangkah untuk mempertahankan trofi Copa America 2024 apabila menewaskan Kanada 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan La Albiceleste di perlawanan akhir Copa America 2024 yang akan berlangsung di Florida pada pagi Isnin.

Penyerang Manchester City, Julian Alvarez membuka tirai pada minit ke-22 selepas menerima hantaran jauh daripada Rodrigo De Paul yang kemudiannya melakukan gerakan solo untuk menewaskan penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau.

Bintang Argentina, Lionel Messi menggandakan kedudukan selepas berjaya menguis percubaan sepakan daripada Enzo Fernandez menjadikan 2-0 pada minit ke-51.

Video bantuan pengadil (VAR) turut terlibat pada gol kedua untuk mengesahkan Messi tidak berada dalam kedudukan ofsaid.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada pasukan Argentina, sekaligus meranapkan impian Kanada untuk bermain di pusingan akhir.

Hasil kemenangan itu, Argentina kini menantikan pemenang di antara Uruguay dan Colombia dalam satu lagi aksi separuh akhir bagi meneruskan misi mempertahankan gelaran mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button