Messi akui luka kekalahan final Piala Dunia sukar sembuh
MIAMI – Lionel Messi mengakui kekalahan Argentina kepada Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia meninggalkan luka mendalam yang memerlukan masa panjang untuk pulih.
Kapten Argentina berusia 39 tahun itu berkata, meskipun sukar menerima kegagalan mempertahankan kejuaraan dunia, beliau tetap berbangga dengan pencapaian skuad La Albiceleste yang berjaya mara ke final Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
“Kesakitan ini amat besar dan luka ini akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
“Saya juga akan terus menghargai segala kenangan indah yang kami cipta. Hari ini memang sukar untuk menghargai apa yang kami capai, namun skuad ini berjaya mara ke dua final Piala Dunia berturut-turut,” katanya menerusi hantaran di Instagram bersama gambar beliau memakai pingat naib juara.
Baca juga : Dua juta banjiri Madrid raikan wira Piala Dunia
Messi turut mengucapkan tahniah kepada Sepanyol selepas pasukan itu menewaskan Argentina menerusi aksi yang berlanjutan ke masa tambahan sekali gus dinobatkan sebagai juara dunia.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan mereka menjuarai kejohanan ini,” katanya.
Bintang Inter Miami itu gagal menyembunyikan kekecewaan selepas wisel penamat dibunyikan apabila impian Argentina untuk mempertahankan trofi yang dimenangi pada 2022 berakhir.
Dalam laluan ke final, Argentina mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit menewaskan Mesir dan England sebelum mengharungi masa tambahan untuk menyingkirkan Cape Verde serta Switzerland.
“Perlawanan yang kami bangkit dengan memberikan segala-galanya akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya.
“Sokongan seluruh rakyat, digabungkan dengan kerja keras dan pengorbanan skuad ini, membolehkan kami sekali lagi berada dalam kalangan pasukan terbaik dunia,” katanya.
Messi menjadi antara pemain paling menyerlah sepanjang kejohanan apabila meledak lapan gol, namun gagal membantu Argentina menembusi benteng pertahanan Sepanyol yang lebih tersusun dalam aksi final.
Kekalahan itu menyaksikan Messi tewas dalam dua final Piala Dunia sepanjang kariernya, iaitu pada edisi 2014 dan 2026, selepas berjaya membawa Argentina menjulang trofi pada 2022 dengan menewaskan Perancis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








