SUKANBERITA SEMASA

Copa America 2024: Vinícius pimpin kemenangan 4-1 Brazil benam Paraguay

LAS VEGAS – Bintang sensasi Real Madrid, Vinícius Junior menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk memimpin Brazil menang 4-1 ke atas Paraguay dalam saingan Copa America 2024 di Stadium Allegiant, sebentar tadi.

Kemenangan besar itu berjaya meletakkan Brazil dalam kedudukan untuk mara daripada Kumpulan D Copa America 2024.

Jaringan Brazil juga hadir menerusi Savinho pada separuh masa pertama dan Lucas Paqueta yang menambah gol menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Jaringan saguhati Paraguay pula hadir menerusi Omar Alderete sebagai gol tunggal mereka.

Jurulatih Brazil, Dorival Júnior membuat langkah berani dan kontroversi dengan memutuskan untuk tidak memulakan pemain sayap Barcelona, Raphinha.

Raphinha menjadi pemain gantian yang dimasukkan pada lewat permainan menggantikan Savinho pada minit ke-72.

Savinho merupakan pemain sayap baharu dibeli oleh Manchester City.

Beliau menjaringkan gol untuk Brazil mendahului 2-0 pada minit ke-43, selepas rakan sepasukan Bruno Guimaraes membuat percubaan terkena palang.

Terdapat sebanyak lima kad kuning dan merah dilayangkan dalam perlawanan tersebut.

Pemain Paraguay, Andres Cubas dilayangkan kad merah pada minit ke-81, memaksa Paraguay bermain dengan kekurangan seorang pemain pada lewat permainan.

Kad kuning diberikan kepada Wendell, Vinícius dan Paqueta untuk Brazil manakala, Fabian Balbuena dan Hernesto Caballero untuk Paraguay.

Brazil kini berada dua mata di belakang pendahulu kumpulan, Colombia dengan empat mata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button