AGAMA

Isu fahaman New Age Movement dalam siasatan – Menteri Agama

PUTRAJAYA – Siasatan menyeluruh berhubung isu yang dikaitkan dengan ajaran New Age Movement (NAM) sudah dan akan terus dijalankan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, pihaknya juga tegas dalam menolak sebarang fahaman yang bercanggah dengan syarak, termasuk NAM.

“JPM (HEA) tegas menolak New Age Movement dan mana-mana fahaman bercanggah Syara. Siasatan menyeluruh telah dan akan terus dijalankan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang mengaitkan beliau dengan ajaran NAM.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi berkenaan turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Akar Akidah JAKIM serta pihak berkaitan bagi memastikan perkara tersebut diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM.

Menurut beliau, hasil pertemuan tersebut, beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan termasuk berkaitan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan serta pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM kekal konsisten dan tegas dalam menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan dengan syarak dan prinsip akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button