AMK buat laporan polis ugutan bunuh terhadap PM
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Lumpur dan Selangor membuat dua laporan polis susulan penularan sebuah video memaparkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Ketua Penerangan AMK Kuala Lumpur, Mohammad Rais Hamda berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 8 malam.
“Anak muda mengecam sekeras-kerasnya ugutan bunuh seperti ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara yang telah lama dibina.
Kami berharap kertas siasatan akan dibuka dan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku,” memetik laporan BH online.
Turut hadir Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor, Abdullah Zaid Abdullah Sani bersama beberapa ahli AMK.
Terdahulu, tular di TikTok sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan terhadap Anwar serta mendakwa dirinya pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din mengesahkan laporan tersebut diterima.
“Kes ini akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














