BERITA SEMASA

PRN Negeri Sembilan: Fahmi seru kempen sihat, elak isu 3R dan berita palsu

JEMPOL – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil menyeru semua pihak termasuk pengguna media sosial supaya menjalankan kempen secara sihat sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

fahmi fadzil
Fahmi berkata, proses penamaan calon bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Jempol hari ini berjalan lancar dalam keadaan terkawal tanpa sebarang masalah keselamatan.

Fahmi berkata, proses penamaan calon bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Jempol hari ini berjalan lancar dalam keadaan terkawal tanpa sebarang masalah keselamatan.

Menurut beliau, semua pihak perlu mengelakkan penyebaran perkara berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja), selain tidak menyebarkan fitnah atau berita palsu sepanjang tempoh berkempen.

“Sebagai Menteri Komunikasi, saya berharap terutama para netizen akan berkempen dengan sihat, elakkan daripada perkara-perkara 3R dan juga yang bersifat fitnah ataupun berita palsu.

“Kita percaya sepanjang tempoh dua minggu berkempen ini, liputan bagi calon-calon dapat dilakukan dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Bandar Seri Jempol, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau akan turut memantau kebajikan petugas media sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Saya juga akan memantau dari segi kebajikan bagi para petugas media,” katanya lagi.

Fahmi turut berkata calon-calon yang bertanding dijangka tidak akan menunggu lama untuk turun bertemu pengundi selepas proses penamaan calon selesai.

“Saya percaya bagi calon-calon juga, mereka tidak boleh tunggu lama untuk turun berkempen,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button