Siasatan FELDA: SPRM sambung reman bekas CEO
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah badan berkanun Persekutuan.
Perintah reman selama empat hari bermula 10 September sehingga 13 September 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap suspek tamat hari ini.
Sebelum ini suspek telah direman selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam perlantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






