Identiti mangsa nahas helikopter doktor udara dikenal pasti melalui barangan peribadi
KUCHING – Identiti kesemua mangsa yang terbunuh dalam tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Lapangan Terbang Long Lellang, Baram, semalam, dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang ditemui pada jasad mereka.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamud Zainal Abdullah berkata, jasad lima mangsa berkenaan ditemukan dalam bangkai helikopter berdaftar 9M-LLF yang terhempas dan terbakar di hujung landasan lapangan terbang berkenaan.
Mangsa maut dalam insiden berkenaan ialah juruterbang syarikat Layang-Layang Aerospace, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan.
Turut terkorban, Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Selain itu, dua Jururawat Masyarakat (SN) dikenali sebagai Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44, manakala seorang lagi mangsa ialah Pembantu Pegawai Perubatan (MA), Alexson Adit Henry, 31.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








