
Guna logo sendiri: PAS hormati keputusan BERSATU, tidak campur tangan
KOTA BHARU – PAS menghormati keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan menganggap perkara itu sebagai hak mutlak parti berkenaan.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN), PAS tidak akan mencampuri urusan dalaman mana-mana parti lain.
“Itu hak mereka dan kita tidak akan campur tangan dalam urusan parti lain,” memetik BH online.
Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Timbalan Pengerusi PN itu berkata, pendirian PAS pada PRN Johor lalu juga dibuat berdasarkan pertimbangan politik parti apabila mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PAS.
“Saya tidak pasti sama ada BERSATU lebih suka melihat DAP atau Pakatan Harapan (PH) menang di Johor hanya kerana PN tidak bertanding di semua kerusi,” katanya lagi.
Menurut Tuan Ibrahim, keputusan PAS ketika itu tidak seharusnya ditafsir sebagai tanda melemahkan komitmen parti terhadap PN, sebaliknya dibuat atas pertimbangan tertentu.
Sebelum itu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menggunakan logo sendiri bagi calon mereka pada PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








