BERITA SEMASA

Lelaki cedera selepas Proton Saga terbabas masuk longkang

GOMBAK – Seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan ringan selepas kereta Proton Saga yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di susur masuk ke Taman Sri Gombak dari arah Batu Caves, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Gombak dari Subang Jaya.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu terbabit dipercayai hilang kawalan terhadap kenderaannya sebelum terbabas dan memasuki longkang di bahagian kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.33 malam semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor V. Rathana Kumar di talian 017-7745565.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button