Jentera PH dakwa calon BN Skudai langgar peraturan pilihan raya
JOHOR BAHRU – Jentera kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Karthiyaini Jeyapalan, mendakwa pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Hiang Kee, melakukan kesalahan pilihan raya hari ini.
Dakwaan itu dibuat menerusi hantaran di Facebook oleh bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, yang memuat naik dua keping gambar sebuah kereta yang diletakkan di luar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Aminah dengan pelekat kempen Tan pada bahagian hud kenderaan itu.
“Ini menyalahi undang-undang dan merupakan satu kesalahan pilihan raya. Sila ambil tindakan!” katanya dalam hantaran berkenaan sambil menandakan laman Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut laporan Malaysiakini, Kasthuri berkata gambar itu diambil lebih awal oleh pasukan kempen Karthiyaini sebelum dikongsikan di media sosial.
Sementara itu, pengurus kempen Tan, Lim Soon Hai, berkata kenderaan berkenaan bukan sebahagian daripada pasukan kempen rasmi mereka.
Sebaliknya, beliau berkata kereta itu “mungkin milik penyokong biasa yang tidak mengetahui undang-undang”.
Katanya, pasukan Tan akan mengeluarkan peringatan menerusi Facebook supaya penyokong menanggalkan sebarang pelekat kempen daripada kenderaan masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















