PAS tiada tempat dalam kerajaan negeri – Onn Hafiz
CYBERJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan PAS tidak akan menyertai pentadbiran kerajaan negeri sekiranya BN kembali memerintah dengan beliau dilantik sebagai Menteri Besar.
Onn Hafiz berkata, beliau memberi jaminan kepada rakyat Johor bahawa PAS sama sekali tidak akan menjadi sebahagian pentadbiran kerajaan ‘dalam apa jua keadaan sekalipun’.
“Saya mahu perkara itu jelas,” katanya menurut portal Sin CHew.
Beliau turut berkata, dakwaan PAS akan menjadi sebahagian kerajaan negeri hanyalah naratif politik bertujuan mengelirukan masyarakat Cina di Johor, menjelang hari pengundian, Sabtu ini.
Dalam masa sama, beliau turut menafikan telah bersetuju memperuntukkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan kepada PAS sebagai pertukaran untuk parti berkenaan bertanding 11 kerusi sahaja pada PRN.
“Adakah anda nampak saya berkempen di Maharani atau Kahang dan mana-mana DUN lain ditandingi PAS? Saya sendiri turun ke sana untuk berkempen bagi calon BN,” katanya.
Malam tadi, Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata, parti itu sedia menyokong BN membentuk kerajaan Johor sekiranya gabungan itu gagal memperoleh majoriti mudah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















