Berita Semasa

Solidariti Palestin di sekolah digalakkan, tiada paksaan

DENGKIL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah supaya sambutan Minggu Solidariti Palestin yang diadakan di sekolah tidak melibatkan penggunaan senjata mainan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah video yang tular memaparkan kakitangan sekolah memperagakan senjata api mainan dalam perarakan menyokong Palestin di sebuah sekolah.

Perdana Menteri berkata, penglibatan senjata walaupun hanya alat mainan tidak wajar untuk mengelak impak yang tidak baik.

Mengulas mengenai bantahan kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan penganjuran Minggu Solidariti Palestin diadakan di sekolah, Anwar berkata pelaksanaan program itu perlu dikawal.

“Itu kita kena kawal. Tadi kita bincang dengan Jemaah Menteri, pertama kita tidak galakkan dan paksa semua sekolah buat Minggu Solidariti Palestin. Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui semasa kunjungan menyantuni rakyat di Kedai Makan Ramli Corner Selera Kampong, di sini hari ini.

Beberapa NGO sebelum ini menggesa kerajaan agar mengecualikan sekolah daripada program yang melibatkan isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

Sebahagian lagi mendesak supaya sekolah dikekalkan sebagai institusi nuetral untuk tujuan pendidikan.

Show More

Related Articles

Back to top button