BISNES & EKONOMI

MR.VET, Bite of Wild raih pengiktirafan antarabangsa menerusi inovasi nutrisi haiwan

KUALA LUMPUR – Dua jenama makanan haiwan peliharaan, MR.VET dan Bite of Wild mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa selepas meraih pengiktirafan di Orange Dot Award menerusi inovasi nutrisi berasaskan sains dan pendekatan pemakanan semula jadi.

Pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan kedua-dua jenama berkenaan dalam industri nutrisi haiwan peliharaan global, sekali gus membuktikan produk dari Asia Tenggara mampu bersaing di pentas antarabangsa.

MR.VET menerima pengiktirafan dalam kategori Biotech Innovation, manakala Bite of Wild merangkul anugerah bagi kategori Nutrition hasil pendekatan inovatif dalam pembangunan produk masing-masing.

Menurut pihak syarikat, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi bagi menghasilkan penyelesaian pemakanan yang membantu haiwan peliharaan menjalani kehidupan lebih sihat dan berkualiti.

“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk yang dibangunkan di Asia Tenggara mampu bersaing dan mendapat tempat di pentas antarabangsa. Pada masa sama, ia mengukuhkan komitmen kami untuk terus menyediakan penyelesaian nutrisi terbaik kepada haiwan peliharaan,” katanya dalam kenyataan.

mr.vet
Produk MR.VET dibangunkan menerusi pendekatan Precision Healthcare dengan formulasi khusus bagi menyokong keperluan kesihatan kucing termasuk sistem pencernaan, kulit dan bulu, saluran urinari serta kucing yang banyak berada di dalam rumah.

MR.VET dibangunkan berasaskan konsep ‘Precision Healthcare’ atau penjagaan kesihatan bersasar yang memberi tumpuan kepada keperluan kesihatan khusus kucing termasuk sistem pencernaan, kulit dan bulu, saluran urinari serta keperluan kucing yang hidup sepenuhnya di dalam rumah.

Kejayaan dalam kategori Biotech Innovation turut didorong penggunaan teknologi freeze-drying khas yang membantu mengekalkan nutrien sensitif tanpa menjejaskan kualiti produk.

MR.VET turut memperkenalkan siri T-Series yang merangkumi T1 – Intestinal Care, T2 – Skin & Coat Care, T3 – Urinary Health dan T4 – Indoor Cat bagi memenuhi keperluan kesihatan berbeza.

mr.vet
Bite of Wild menampilkan konsep pemakanan semula jadi berinspirasikan diet asal kucing sebagai karnivor obligat menerusi formulasi tinggi protein berasaskan bahan mentah haiwan.

Sementara itu, Bite of Wild mengetengahkan konsep pemakanan semula jadi berasaskan diet asal kucing sebagai karnivor obligat menerusi produk utama Bite of Wild 42 Series.

Produk berkenaan mengandungi 92 peratus bahan mentah berasaskan haiwan dan 42 peratus protein kasar, selain bebas bijirin (grain-free) serta bebas daging khinzir (pork-free).

Dalam pada itu, Malaysia terus dilihat sebagai pasaran strategik bagi pertumbuhan industri makanan haiwan peliharaan premium susulan peningkatan kesedaran pengguna terhadap aspek nutrisi dan penjagaan kesihatan haiwan.

Produk MR.VET dan Bite of Wild kini boleh didapati menerusi rangkaian peruncitan seperti Daco Petsmart, HyperPets, Pet Lovers Centre, Pets Wonderland, Pets Twenty One, Petico Malaysia dan Nimanja, selain platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada.

Pihak syarikat berkata, usaha memperluaskan rangkaian produk serta meningkatkan pendidikan pengguna mengenai kepentingan nutrisi haiwan akan terus diperkukuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.

“Kami percaya setiap haiwan peliharaan berhak mendapat akses kepada nutrisi berkualiti tinggi. Walaupun pengiktirafan antarabangsa ini amat bermakna, pencapaian terbesar kami adalah kepercayaan yang diberikan oleh pemilik haiwan yang memilih produk kami setiap hari.

“Kami akan terus komited dalam menyediakan penyelesaian nutrisi berasaskan sains yang membantu haiwan peliharaan hidup lebih sihat, bahagia dan lebih lama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button