Mat Sabu yakin PH mampu bentuk kerajaan Johor
BATU PAHAT – Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan keyakinan PH mampu membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), gabungan itu turut menyasarkan kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata, pemerhatiannya sepanjang seminggu tempoh berkempen mendapati sokongan masyarakat Melayu terhadap PH semakin meningkat.
“Kita nampak masyarakat Melayu terutama sekali mula cenderung, saya nampaklah, untuk mengundi PH,” katanya ketika ditemui selepas Program Sembang Santai di Rengit, semalam.
Baca juga : AMANAH seru rakyat Johor tolak politik perkauman, fokus pembangunan ekonomi
Mengulas mengenai dakwaan manifesto PH sekadar meniru atau ‘copy and paste’ daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad berkata, PH perlu diberi mandat mentadbir Johor terlebih dahulu sebelum manifesto gabungan itu boleh dinilai keberkesanannya.
“Manifesto sesiapa sahaja boleh tulis macam-macam. Tengok nak bagi berjalan atau tidak manifesto itu, bagilah kita memerintah, itu sahaja caranya.
“Kalau kita tidak memerintah kerajaan negeri maka kita tidak boleh buat apa-apa. Tetapi saya yakin, insya-Allah pada 12 Julai ini kita boleh bentuk kerajaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















