JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga lelaki tidak mengaku salah tuduhan bakar kereta isteri Cikgu Chandra

PETALING JAYA – Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis, S Chandrasegaran, yang juga dikenali sebagai Cikgu Chandra.

Pemandu trak tunda, A Kumaran; pengawal keselamatan, S Kisshen; dan pemandu lori, P Surendran; didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dengan membakar tiga kenderaan milik M Sri Uma Maheswary.

Kejadian di Taman Kinrara, Puchong, pada 10 Mac itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM80,000.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Hakim Noor Ruzilawati Nor membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut memerintahkan mereka menyerahkan pasport sehingga kes selesai, selain tidak mengganggu saksi.

Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 7 Ogos.

Timbalan pendakwa raya Nurfazlin Mahmad Zulhasnan mengendalikan pendakwaan, manakala S Dinesh mewakili ketiga-tiga lelaki itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button