BERITA SEMASA

Sultan Pahang zahir kesyukuran dikurniakan cucunda perempuan

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas kelahiran seorang lagi cucunda perempuan dalam keluarga diraja Pahang.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda dirakam menziarahi cucunda baginda, yang diberi nama Tengku Nadine Amina Zahra Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, di sebuah hospital di ibu negara semalam.

“Alhamdulillah, syukur dapat seorang lagi cucu perempuan,” titah baginda.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa baginda amat bersyukur atas kurniaan Allah SWT yang disifatkan sebagai nikmat yang tiada tolok bandingnya.

Keberangkatan baginda menziarahi cucunda baharu itu turut mencerminkan rasa kasih dan kegembiraan keluarga diraja Pahang atas kelahiran ahli keluarga baharu berkenaan.

Tengku Nadine Amina Zahra merupakan puteri sulung Tengku Arif Bendahara dan isteri, Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Terdahulu, pasangan itu diijabkabulkan dalam istiadat perkahwinan diraja di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di Kuantan pada 24 Oktober 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button