BERITA SEMASA

Kes buli MRSM: 4 pelajar disingkir, 2 lagi digantung – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Muar, Johor yang didakwa terlibat dengan kes buli seorang pelajar Tingkatan Dua sudah disingkirkan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam orang pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli. Namun, amaran berulang kali diberikan #YouTouchYouGo,” tulisnya.

Menurut beliau, dua daripadanya digantung sehingga pengesahan diperolehi daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka juga turut terlibat melakukan sentuhan fizikal dalam kes buli tersebut.

“Pelajar yang didakwa bawa benda terlarang itu sudah pun berhenti lebih awal,” tambahnya lagi.

BACA JUGA:
Tiada kompromi, tiada tempat untuk pembuli di MRSM – Dr Asyraf Wajdi

Kelmarin, Dr Asyraf Wajdi telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah, MARA serta pihak pentadbir MRSM mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Mesyuarat itu bertujuan menyiasat dan menyingkirkan enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit kes buli di sebuah MRSM di Johor.

Terdahulu, beliau mendedahkan insiden itu terbongkar apabila ibu bapa mangsa membuat perkongsian di platform Threads mengenai permintaan anak mereka berhenti dari MRSM tersebut kerana mendakwa tidak tahan menjadi mangsa buli.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis dan pelajar yang terlibat dalam kes buli itu direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bakri bagi siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button